Friday, November 6, 2015

Plan time cuti

Assalamualaikum,

Minggu ni ialah minggu student seperti aku dan rakan lain di Universiti atau kolej cuti.cuti pertengahan sem.jadi kadang-kadang aktiviti tidak teratur dan tidak di rancang dengan sebaik nya.kesudahan nya?menyesalkan lepas abis cuti.hihi.bukan korang je menyesal,bahkan aku pon menyesal kadang-kadang cuti hanya untuk berfoya-foya dan nk berseronok2 saja.yelah,"cuti" kan.bila kembali ke kampus,mula la rasa nak menyesal.nak undurkan masa,sememangnya tak boleh.jadi,menadah la telinga dengan kawan-kawan aku yang rajin menasihati aku.haha.bukan salah orang lain pon,salah diri sendiri.kawan-kawan marah untuk kita berjaya sama-sama.jadi,"positive" kan pemikiran anda sebab sapa lagi nak nasihat korang selain rakan-rakan seperjuangan kan.

Jadi,apa perancangan nya?akan la dari sekolah tadika,rendah,menengah dan stpm/stam "stay" dengan perangai yang sama iaitu di beri cuti dengan untuk bersuka-suka dan berfoya-foya?hehe.jom la ubah sikap sebagai "penuntut ilmu" yang benar-benar rasa akan "sayangnya ilmu".aku tau tak mudah tapi apa salahkan kita ubah sikit-sikit.

Kita mula dari bawah dulu.tak perlu nak terkejar-kejar sangat.sama la macam budak kecil yang nak belajar merangkak,berdiri dan kemudian nya dirinya mampu utk berlari.betulkan??Hehe..jadi,cuba la baca majalah-majalah yang isinya penuh dengan ilmu.ni untuk menaikkan semangat membaca je.kalau agak bosan dan tak boleh nak "control" rasa kebosanan tu,bahagikan masa sekejap dengan baca komik atau bermain gadjet.untuk peringkat awal yang orang-orang macam aku ni,iaitu dahulu nya malas sangat nak baca buku,hanya perlu target la baca atau study sikit-sikit mata pelajaran yang kita belajar time kat kampus.tak perlu banyak.cuma baca dalam 1jam je.cuba la "fokus" dalam waktu tu je.kosongkan fikiran.hihi.lepas dari 1 jam tu,enjoy2 la.biasa la peringkat awal baru nk menjalani "kehidup student" ni.

Lepas tu apa pula kene buat?okay,sebelum tido..korang pergi la buka kejap buku yang study time pagi.buat nota ringkas je.untuk buat korang bawa di mana2 supaya apa yg korang study time pagi tadi sentiasa di ingati.otak manusia ni tak mampu nak ingat lama.lagi-lagi student macam aku yang kerja nya asyik nak main je.kacau-orang.hihi.biasa la tu kan.tanpa orang-orang macam aku ni,dunia sunyi :p

Satu lagi,aku nak ingatkan korang.baca quran dan solat 5 waktu jgn lupa yee.baca la al-quran lepas subuh dan selepas maghrib.tak banyak pon,sehelai atau 2 helai cukup la.sekurang-kurang nya ada.dari tinggal terus..

Sekadar itu coretan aku kali ni.selamat bercuti guys :D cuti-cuti juga,study jangan lupa.

"Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian"

Monday, October 26, 2015

Hebatnya sedekah!!

"Apa kunci nak dapatkan rezeki?" 

Kadang-kadang sering juga mendengar rintihan manusia di luar sana.
Aku tahu tak banyak manusia di luar sana yang hidupnya senang dan kadang-kadang tu "kais pagi,makan pagi.kais petang,makan petang".sampaikan,tak makan sehari pon ada.lagi-lagi,yang belajar di kolej,universiti,atau di mana-mana pengajian swasta.mengharapkan duit dari ibubapa atau duit pinjaman..
Ada kala tu,nak minta duit kat makpak pon segan atau rasa bersalah tapi nak buat macam mana kan,kita student.itu je la satu-satu nya "punca" kewangan bulanan untuk sara hidup "sebagai student".jadi gagahkan diri untuk meminta kepada makpak.
Aku pon pernah alami semua tu sebab aku pon masih student.

Jadi,apa tindakan aku?aku mulakan la "sedekah" dan niatkan supaya apa yang aku sedekah tu,aku perolehi lebih banyak.tak salahkan untuk "bersedekah".lagipon,tak merugikan pon kalau kita bersedekah.insya Allah,dunia dan akhirat kita dapat.tak perlu pon nak sedekah smpai berpuluh ringgit.sedekah mana yang mampu je sebab kita ni cuma "hidup sebagai student".jadi keluarkan mana yang mampu.asalkan,kita ikhlas dengan apa yg kita keluarkan :D tunggu la,insya Allah korang dapat rasa rezeki tu macam "melimpah" je tapi jangan mengaharapkan itu semata-mata.bukan hari ni kita bersedekah,esok kita akan dapat menikmati "murah rezeki" tu.Mungkin tahun depan atau tahun seterusnya..yang penting kita yakin dengan tuhan..kadang-kadang tu biasa la,ujian untuk menjadi seorang hamba yang betul-betul hatinya mengharapkan kepada tuhan.bukan mudah tu.jadi,apa korang tunggu lagi?mulakan la dari sekarang.jangan kedekut!nanti orang lain pon akan kedekut dengan kita.kalau kita kedekut dengan tuhan macam mana pula?beringat-ingat la sendiri.haha


"Sedekah itu kunci murah rezeki.jika hilang kunci,hilang lah segalanya"


Tuesday, October 20, 2015

Di mana ada ujian,di situ ada kekuatan.

Aku seorg pelajar melaysia yg jelajah di negara org.nak tau negara apa aku pergi?
Negara orang arab yg di beri nama "mesir".negara ni lah yg aku byk belajar erti bersyukur dan nikmatnya bila berada di negara sendiri.biasa la kan,"sapa tak syg negara sendiri" huhuhu..

Dahulu sebelum aku datang ke sini,orang tunjuk kat aku gambar2 negara ni.nampak lawa,cantik dan menarik.bila aku smpai sini,baru aku tau bertapa "indahnya gambar" dari apa yg kita lihat secara "live" sendiri.byk betul berlainan dgn gambar.tapi takpe,hidup ni mmg perlu ada cabaran..baru kita tahu apa itu erti "pahit dan manis" dalam kehidupan.

Jadi,pendek kan cerita..aku tempuh la satu2..seminggu aku susah nk terima hakikat kesusahan kat sini.mmg betul2 teruji.tuhan je la yg tahu.hehe..Tapi lama2,kesusahan yg dahulu2,kini semakin berkurang "bebannya kehidupan" dan menjadi bnd yg menarik dalam kehidupan aku.apa tipsnya?aku just "positifkan" pada tiap2 hari.lama2 korang sendiri pon akan rasa best dan happy la bnd2 yg baru korang tempuh.

Contohnya:-

Agak2 malaysia ad tak?hahaha.aku first datang dulu mmg letak tangan atas dahi.lama2,baru aku tahu yg duduk kt pintu,rebut2 dan terkepit tu la yg best.tak pernah rasa kan??syok kot.haha.haaa,nk rasa dtg la sini.tapi satu je la,kesian kat org2 perempuan.huhu.

Biasa la tu kan,terlalu ramai penduduk.tak rugi pon bila aku jumpa keadaan mcm ni.nak tau sebab apa??sebabnya,aku akan akan rasa "bersyukur" tu lebih bila kat malaysia,cukup kenderaan awam dan senang la nk pergi keje,belajar dan mana2 tempat.Cuma utk menuntut "ilmu agama" kat sini sgt2 mudah.pergi di masjid2 besar,ada la majlis2 ilmu.org panggil "tallaqi" iaitu belajar berdepan dgn guru :D.lepas tu ada bangunan2 bersejarah kat sini.byk la tempat2 yg best juga.sejak itu,aku mula rasa "jatuh cinta" dengan negara ni.hehehe.belum kenal,belum tau kan?dah kenal,baru tahu.

Ni ada satu gmbar aku tangkap time aku jalan2.

-istana sultan al-farruq.

Sekadar itu story aku kali ni.pesan aku,
"Jangan terlalu cepat berputus asa dengan ujian yg datang,kerana sinaran kebahagiaan itu datang di penghujung nya.hubungan dengan tuhan itu sgt2 penting di saat dirimu dalam kesusahan"

Good luck for your life:D 
"Lakarlah hidup anda,selagi anda mampu"

#salamperantau#hidupkita#inspirasi#makemoment

Thursday, July 2, 2015

Tawakal la weii

AKU SEORANG MUSAFIR

FAMILY AKU HIDUP SEDERHANA,BAK KATA ORG,CUKUP LA NAK MAKAN SEHARIAN.AKU DAH HABIS SPM.AKU NAK SAMBUNG KE MANA SELEPAS INI?
MAKBAPAK AKU BUKAN SEORANG YG KAYA.KALAU AKU DAPAT TAWARAN BELAJAR DALAM NEGARA,ADAKAH MAKPAK AKU BOLEH BAYAR?

ADUUUUH~~.......

PENING OTAK AKU PIKIR SEHARIAN......

BUKA INTERNET.JUMPA SMBUNG BELAJAR DI "UNIVERSITI AL-AZHAR''.BIDANG PENGAJIAN ISLAM.AKU BULEY KE BELAJAR DALAM KOS AGAMA?BASIC ARAB PON TAKDE.....

SCROLL,,,,,SEKALI TERNAMPAK IKLAN "SAMBUNGAN DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (STAM).SETAHUN SAHAJA.BULEY KE MESIR.KOS PEMBELAJARAN FREE" EEERRRR,...SETAHUN??BULEY KE?ARGHHH,,CUBA LA DULU ''BELUM CUBA,BELUM TAU''

(MASUK STAM)SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA...

FIRST DAY DOK KELAS,SUMPAH TAK PAHAM.SEDIH..ESOK KENE AZAM BARU!!BELI KAMUS MELAYU-ARAB.HAFAL2 PERKATAAN YG MUDAH2..HARAP LEKAT LA BAHASA ARAB KAT KEPALA AKU NI..

SETELAH SETAHUN...EXAM...DAPAT KEPUTUSAN SEKADAR LULUS..

ALHAMDULLAH LA SEBAB AKU MEMANG BUKAN DARI ALIRAN AGAMA,SELEPAS TU,DAFTAR ONLINE UNTUK SAMBUNG BELAJAR...APPLY MCM2 UNIVERSITI DALAM NEGARA DAN MESIR..APPLY KAT UPU.BELI NO. PIN APA SEMUA..

DAPAT SURAT TAWARAN DI MALAYSIA..(DEGRE,68k...8 SEM.KOS SYARIAH ISLAMIAH)...68K???????DUIT CELAH MANA NAK AMIK NI??JUMPA NGN MAKPAK.MAKPAK SURUH KERJA JE LA SBB MAHAL.KERJA??UMUR MUDA LAGI..
OTAK SERABUT~~....

TIBA2,DAPAT SURAT UNTUK SAMBUNG BELAJAR DI UNIVERSITI AL-AZHAR.BELAJAR FREE CUMA SARA HIDUP JE.TIKET FLIGHT FREE...AKU PON TAKNAK PIKIR PANJANG!!

KINI SAMPAI LA DI BUMI ANBIAK -MESIR.ALHAMDULILLAH DAPAT JUGA SAMBUNG BELAJAR.HAPPY DAN SERONOK.

#SALAMRAMADHAN#MESIR#TRIVALIFYOUCAN#MOVEON#REZEKI#HAPPY

NASIHAT AKU:-

''BELAJAR SELAGI DI BERI PELUANG UNTUK HIDUP.JANGAN MEMBUANG UMUR PADA BENDA-BENDA YG TAK BERFAEDAH.RANCANG KEHIDUPAN ANDA DARI SEKARANG!!''

AKU DAH SAMPAI SINI,AKAN KORG TAK BULEY?hehe.

GOOD LUCK GUYS..:D