Friday, November 6, 2015

Plan time cuti

Assalamualaikum,

Minggu ni ialah minggu student seperti aku dan rakan lain di Universiti atau kolej cuti.cuti pertengahan sem.jadi kadang-kadang aktiviti tidak teratur dan tidak di rancang dengan sebaik nya.kesudahan nya?menyesalkan lepas abis cuti.hihi.bukan korang je menyesal,bahkan aku pon menyesal kadang-kadang cuti hanya untuk berfoya-foya dan nk berseronok2 saja.yelah,"cuti" kan.bila kembali ke kampus,mula la rasa nak menyesal.nak undurkan masa,sememangnya tak boleh.jadi,menadah la telinga dengan kawan-kawan aku yang rajin menasihati aku.haha.bukan salah orang lain pon,salah diri sendiri.kawan-kawan marah untuk kita berjaya sama-sama.jadi,"positive" kan pemikiran anda sebab sapa lagi nak nasihat korang selain rakan-rakan seperjuangan kan.

Jadi,apa perancangan nya?akan la dari sekolah tadika,rendah,menengah dan stpm/stam "stay" dengan perangai yang sama iaitu di beri cuti dengan untuk bersuka-suka dan berfoya-foya?hehe.jom la ubah sikap sebagai "penuntut ilmu" yang benar-benar rasa akan "sayangnya ilmu".aku tau tak mudah tapi apa salahkan kita ubah sikit-sikit.

Kita mula dari bawah dulu.tak perlu nak terkejar-kejar sangat.sama la macam budak kecil yang nak belajar merangkak,berdiri dan kemudian nya dirinya mampu utk berlari.betulkan??Hehe..jadi,cuba la baca majalah-majalah yang isinya penuh dengan ilmu.ni untuk menaikkan semangat membaca je.kalau agak bosan dan tak boleh nak "control" rasa kebosanan tu,bahagikan masa sekejap dengan baca komik atau bermain gadjet.untuk peringkat awal yang orang-orang macam aku ni,iaitu dahulu nya malas sangat nak baca buku,hanya perlu target la baca atau study sikit-sikit mata pelajaran yang kita belajar time kat kampus.tak perlu banyak.cuma baca dalam 1jam je.cuba la "fokus" dalam waktu tu je.kosongkan fikiran.hihi.lepas dari 1 jam tu,enjoy2 la.biasa la peringkat awal baru nk menjalani "kehidup student" ni.

Lepas tu apa pula kene buat?okay,sebelum tido..korang pergi la buka kejap buku yang study time pagi.buat nota ringkas je.untuk buat korang bawa di mana2 supaya apa yg korang study time pagi tadi sentiasa di ingati.otak manusia ni tak mampu nak ingat lama.lagi-lagi student macam aku yang kerja nya asyik nak main je.kacau-orang.hihi.biasa la tu kan.tanpa orang-orang macam aku ni,dunia sunyi :p

Satu lagi,aku nak ingatkan korang.baca quran dan solat 5 waktu jgn lupa yee.baca la al-quran lepas subuh dan selepas maghrib.tak banyak pon,sehelai atau 2 helai cukup la.sekurang-kurang nya ada.dari tinggal terus..

Sekadar itu coretan aku kali ni.selamat bercuti guys :D cuti-cuti juga,study jangan lupa.

"Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian"

No comments:

Post a Comment